Members: 8
News: 150
Web Links: 90
Visitors: 116819
|
Home News Latest MAKLUMBALAS MENGENAI DERAF KAJIAN SEMULA PELAN SPEKTRUM
|
MAKLUMBALAS MENGENAI DERAF KAJIAN SEMULA PELAN SPEKTRUM |
|
|
|
Written by 9W2AZV
|
|
Thursday, 13 May 2010 |
|
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) ingin memaklumkan bahawa dokumen Deraf Kajian Semula Pelan Spektrum telah diterbitkan di laman web SKMM: http://www.skmm.gov.my SKMM ingin mempelawa orang ramai untuk memberikan ulasan bertulis mengenai perkara berkaitan deraf dokumen ini. Mereka yang ingin turut serta adalah digalakkan untuk menyokong ulasan masing-masing dengan alasan dan, di mana berkenaan, memberi atau merujuk kepada bukti atau maklumat lain yang berkaitan. Sila hubungi alamat tertera di bawah untuk sebarang pertanyaan atau penerangan lebih lanjut mengenai deraf dokumen ini.
Semua ulasan bertulis, sebaiknya dalam bentuk elektronik hendaklah dihantar secara bertulis atau secara elektronik kepada alamat di bawah atau e-mel kepada
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
pada atau sebelum 12 tengah hari, Selasa, 6 Julai 2010. Untuk memastikan keputusan dibuat melalui proses perundingan yang kukuh mengambilkira semua maklumat yang relevan, selain notis dan penerbitan dokumen deraf, SKMM akan juga berunding melalui pelbagai kumpulan konsultatif spektrum yang mungkin menerbitkan ulasan yang diterima. Segala maklumat komersial yang bersifat sensitif mesti diletakkan di halaman berasingan yang jelas ditandakan “SULIT”.
Pihak SKMM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak-pihak berminat di atas kiriman ulasan dan maklumbalas serta kesudian menyertai proses konsultatif ini.
Jabatan Perancangan dan Penyelidikan Spektrum Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Off Persiaran Multimedia 63000 Cyberjaya
Tel: +60 3 8688 8000 Fax: +60 3 8688 1006 E-mel:
This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it
Laman Web: www.skmm.gov.my
Untuk Perhatian: Kajian Semula Pelan Spektrum Rujukan: Pemberitahu Draf Spectrum Plan Borang Kaji Selidik |
|
|
|
|
|